Sunday, September 07, 2003

Aurat wanita

Dari Firman Allah S.W.T dan hadis Nabi S.A.W

Bulu Kening
Rasulullah S.A.W melaknat wanita yang mencukur atau menipiskan bulu
kening begitu juga yang
diminta supaya dicukurkan bulu keningnya

Tumit kaki
Dan janganlah mereka (wanita) membentakkan kaki (atau mengangkatnya)
agar diketahui oleh orang
lain akan perhiasan yang mereka sembunyikan.

Wangian
Wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati satua kaum supaya
mereka itu mencium baunya,
maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap –tiap mata ada
zina.

Dada
Hendaklah mereka (wanita) melabuhkan kain tudung sehingga menutupi
dada-dada mereka.

Gigi
Rasulullah melaknat wanita yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya supaya
menjadi cantik dimana ia mengubah ciptaan Allah.

Wajah Dan Leher
Dan tinggallah kamu (wanita) dirumah dan janganlah kamu menampakkan
perhiasanmu seperti orang
jahiliah yang dahulu.

Wajah Dan Tangan
Asma Bt Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sanda Rasulullah
S.A.W,�Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak
boleh baginya menzahirkan
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.

Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis
yang tidak halal baginya.

Mata
Dan katakanlah kepada wanita mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandanganya.
Seperti sabda Nabi S.A.W, “ Jangan sampai pandangan pertama mengikuti
pandangan lainnya. Pandangan
seterusnya tidak dibenarkan�

Mulut
Janganlah wanita itu terlalu lembut dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan
serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan – perkataan yang
baik. Sabda Nabi S.A.W,
“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka menamakan
dengan yang lain iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi –bunyi (muzik) dan penyanyi wanita, maka
Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi�

Alat Kelamin
Dan katakanlah kepada wanita -wanita mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan
menjaga kehormatan mereka. Apabila seorang wanita itu sembahyang lima
waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah
dia ke dalam syurga daripada
pintu –pintu syurga yang dia kehendaki. Tiada seorang wanita pun yang
membuka pakaiannya bukan di
rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah.

Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih –lebihan, maka Allah akan
memberinya pakaian kehinaan
dihari akhirat nanti. Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah wanita
yang berpakaian tetapi
sebenarnya telanjang yang condong pada maksiat dan mendorong orang lain
untuk berbuat maksiat.
Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Wanita
yang berpakaian nipis dan
jarang, ketat dan terbelah atau membuka bahagian - bahagian tertentu
seperti firman Allah dalam
surah Al –Ahzab,�hai para nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak
perempuanmu dan isteri –
isteri orang mukmin, hendaklah memakai baju jilbab (baju labuh dan
longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah
maha pengampun lagi maha
penyayang.�

Rambut
“Wahai anakku Fatimah! Adapun wanita yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam
neraka adalah mereka didunia yang tidak mahu menutup rambutnya daripada
dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya.� Riwayat Bukhari dan Muslim

0 Comments:

Post a Comment

<< Home